Tag Archives: Make-up

Bagaimana Mencari Solekan Asas Tona Kulit Dengan Tepat ?

How-Choose-Right-Foundation-Your-Skin-Type-Including-Oily-Dry-Sensitive-Combination
Terdapat 4 Jenis Kulit: Normal, Berminyak, Kering atau Kombinasi kedua-dua jenis kulit yang dinyatakan tadi. Bagaimana untuk mengetahui kulit jenis apakah anda? TIPS : Cuci muka anda sebersih bersihnya dengan produk pencuci muka bebas minyak, bilas muka anda dengan air suam. Lap muka anda kering dan jangan disapukan dengan apa-apa produk.
Mencari solekan asas tona kulit yang tepat adalah tidak sukar seperti yang kita sangkakan. Mungkin terlalu banyak produk di pasaran yang mengelirukan di dalam membuat pilihan.
Di sini Timefaces Hadiartz ingin berkongsi ‘TIPS’ memilih solekan asas yang sempurna untuk anda..

prof.muhaya
Mengapa Perlu Bersolek ?
KENAPA ANDA PERLU BERSOLEK? Untuk menyembunyikan/menutup kecacatan, bintik2, kedutan dan juga tona kulit yang tidak sekata, suram, kapilari darah yang jelas kelihatan dan sebagainya.(Ini adalah diantara Jawapan yang diberi oleh KEBANYAKKAN WANITA di luar sana). Adalah penting untuk anda mengetahui/mempelajari sedikit sebanyak ilmu di dalam teknik solekan untuk menutup cela-cela di wajah anda. Jika anda mempunyai bintik-bintik merah, cuba aplikasikan foundation (hijau) untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang putih/cerah manakala bagi mereka yang mempunyai tona kulit yang sederhana gelap ke sawo matang  foundation  (kuning)  adalah pilihan anda sebelum memakai alat solek. Dengan cara ini, bintik-bintik warna merah tidak akan kelihatan begitu ketara, dan lapisan foundation serta solekan boleh diaplikasikan secara nipis dan lebih kelihatan semulajadi (natural).
Begitu juga cara yang sama diaplikasikan terhadap garis-garis kedutan di sekitar mata, hujung kiri kanan bibir dan dahi yang boleh ditutup dengan  produk solekan ‘FILLER’ yang terdapat di mana-mana kuanter jualan produk solekan.
66478_497632550278178_1989353108_n

Kenali Jenis Kulit Anda !

Selepas kira-kira sejam, sentuh muka anda. Adakah ia kering? Adakah berminyak apabila disentuh? Jika kulit terasa kering di beberapa kawasan dan berminyak pada bahagian lain – anda mempunyai kulit kombinasi .DSCN9561 12100_383013665126989_1215629519_n

Jenis Solekan Asas Apakah Yang Bersesuaian ?

Apakah jenis solekan asas (foundation), adalah bergantung kepada jenis kulit anda. Gunakan solekan asas sebagai tambahan kepada kulit anda. Jika anda Kulit Berminyak, anda perlu melihat formula ‘Oily Free’ pada produk solekan asas ataupun jenis bedak debu(powder) yang sesuai untuk jenis kulit anda. Solekan Asas (foundation) berasaskan Mineral juga sesuai melawan minyak berlebihan untuk kulit jenis berminyak. Cecair dan krim (liquids & creams) akan menambah kelembapan pada kulit, dan amat sesuai digunakan oleh anda yang mempunyai Kulit Kering atau Terlalu Kering. Jika anda mempunyai Kulit Kombinasi, anda mungkin mendapati bahawa menggunakan lebih daripada salah satu Solekan Asas seperti dinyatakan tadi sesuai untuk anda. Mereka yang mempunyai Kulit Normal boleh menggunakan mana-mana produk yang mereka selesa dengannya..

Memilih Warna-Warna Yang Sesuai Dengan Anda..

Terdapat banyak rangkaian warna-warna pilihan di luar sana! dan ia sangat mengelirukan anda, ini kerana setiap syarikat-syarikat kosmetik mempunyai cara tersendiri untuk mengkategorikan rangkaian warna-warna solekan asas produk mereka.[gickr.com]_2dde5b58-21b4-8c24-5101-86ca82a57665

TIPS MEMILIH FOUNDATION….

Cari foundation yang mempunyai sedikit asas warna kekuningan(yellowish). Kemungkinan kenyataan ini agak mengejutkan anda, walaupun kulit anda adalah terdiri dari jenis warna pucat atau gelap, kulit wajah anda tetap mempunyai beberapa nada kuning di wajah. (Bahkan kulit anda sangat pucat, peach, merah muda atau warna keputihan (whitish) akan terlihat pucat). Satu ‘foundation’ yang ‘Yellow-Based’ akan dapat sebati dengan cantik terhadap warna kulit wajah anda sehingga kelihatan segar dan sihat. Ini adalah salah satu ‘foundation’ yang patut anda miliki dan menggunakannya..
bridal-makeup-foundation

Tujuan ‘foundation’ diguna adalah untuk menjadikan kulit wajah lebih sempurna dan sekata, bukan mencipta kulit wajah yang baru! Jangan sesekali menggunakan warna yang gelap untuk kelihatan ‘Tanned’ ini kerana ia tidak kelihatan natural. Selalu mencuba untuk mencari warna ‘foundation’ yang tepat untuk tona kulit wajah anda.

Cari Tona Kulit Anda! Tips: Berada di tempat cahaya terang, kemudian calitkan beberapa warna tona ‘foundation’ (shade lighter and one shade darker) dari pipi ke rahang anda dan perlahan-lahan ‘blend it’. Bayangan calitan ‘foundation’ yang anda sapukan tadi tidak kelihatan atau sama dengan warna kulit anda itulah ‘foundation yang TEPAT yang harus anda miliki. Tips: Jika masih sukar untuk mencari warna foundation yang sesuai, cuba pula lakukan perkara yang sama tadi di dahi anda ini kerana kebanyakkan wanita cenderung kulitnya gelap di sekitar rahang. Cubalah Tips ini.

tumblr_inline_n15pmvzZ6u1qd9chs

TIPS MEMILIH FOUNDATION MENGIKUT KULIT ANDA….

Anda Memiliki : Kulit kusam dan kering.
Anda Ingin : Kulit yang bersinar dan berseri.

Cuba : Hydrating foundation. Ada pelembab asas yang memberi liputan ringan seperti ‘Tinted Moisturizer’ atau ‘Medium’ ke ‘Full Coverage’ seperti ‘Creamy liquid’ dan ‘Whipped Foundation’. Jauhi dari foundation jenis serbuk debu dan formula ‘Mattifiying’. Jenis ini akan menutup kulit anda dari berminyak dan menjadikan kulit lebih kering dan tidak kelihatan bertompok-tompok.

tumblr_inline_n15pmvzZ6u1qd9chs

Anda Memiliki : Kulit Berminyak.
Anda Ingin : Halus, Kulit Matte.
Cuba : Foundation yang menyerap minyak !. Perhatikan pada istilah-istilah yang terdapat di foundation anda seperti : ‘Oil-Free’, ‘Oil-Reducing Liquid Foundation’(light to medium coverage), sementara ‘Cream Foundation’ dan ‘Compact Foundation’ memberi (full coverage).

Anda Memiliki : Kulit Kombinasi.
Anda Ingin : Sejenis kulit yang tidak berkilau atau kering.
Cuba : Foundation dengan manik-manik ‘Silica’ dan ‘Lecithin’. Manik-manik Silica menyerap minyak dari T-Zone anda (Dahi, Hidung dan Dagu), sementara Lecithin pula menghidrat di kawasan kering seperti di pipi anda.

b540229d40a049c7_Untitled-1.xxxlarge_1
Variety of Liquid Foundations_thumb[12]

 

Tips Solekan : Sapuan Bedak

 

source.png.300x300_q85_filters-detail

Pemakaian bedak merupakan Aplikasi Ajaib yang bisa merubah kondisi kulit wajah anda. Bedak haruslah disapu pada kulit wajah selepas pemakaian foundation. Bedak mampu menyerlahkan solekan anda dengan hasil yang lembut serta halus. Solekan pastinya akan melekap pada kulit muka untuk jangka masa yang lama jika bedak yang disapu pada wajah sesuai dangan kondisi kulit anda sendiri.

Terdapat pelbagai jenis bedak (powder) dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
  • Bedak Padat (Compact Powder)
  • Bedak Tabur ( Loose Powder)
  • Bedak Muka (Pressed Powder)

Pada kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka serta menjadikan ia kelihatan lebih mulus dan halus!. Penggunaan bedak tabur atau ‘Loose Powder’ juga boleh digunakan selepas sapuan foundation bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. ‘Loose Powder’ biasa datang dengan dua ciri iaitu ‘Matte’ dan Sheer’. Bedak muka atau ‘Pressed Powder’ pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.!

Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna bedak yang sesuai serta tepat akan menghasilkan solekan yang cantik serta menyerlah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta sesuai dengan warna foundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada Light Tone yakni warna seperti Porcelain, Ivory dan Beige sesuai pada mereka berkulit cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih warna seperti warna Almond dan Golden. Pada kulit sawo matang, pilih sahaja warna medium seperti Natural dan Honey. Namun anda boleh mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini secara personal bagi mendapatkan warna yang benar-benar tepat dengan solekan anda mahupun pelanggan.
foundation-270x300-1

Alatan penting yang harus anda ada apabila melayangkan bedak di muka ialah Berus Besar! Ya, kebanyakan bedak disertakan dengan span, namun penggunaan berus besar dapat memberi kesan yang lebih sheer pada solekan anda. Span pula dapat memberi kesan yang lebih padat. Pada bahagian yang details seperti batang hidung serta sekitar mata berus kecil yang lembut amat membantu menghasilkan solekan yang sempurna.

Setelah menyapu bedak, perhatikan semula adakah wajah anda/pelanggan benar-benar bersedia untuk ke langkah solekan yang seterusnya. Jika anda berasa tidak berpuas hati, anda boleh menggunakan bronzing powder atau alatan lain bagi melengkapkan sapuan bedak anda! Nah.. Sekarang wajah telah benar-benar menyerlah serta halus mulus!
How-Choose-Right-Foundation-Your-Skin-Type-Including-Oily-Dry-Sensitive-Combination

Pengenalan sebelum Makeup.

pro4

  1. Penerangan Bidang Solekan

Objektif:-

~Tujuan mengikuti kursus.

~ Memberi ilmu pengetahuan dalam bidang kecantikan.

~ Menimbulkan minat atau idea untuk menjadikan satu kerjaya.

~ Sekiranya mempunyai modal yang besar boleh dikormesialkan perkhidmatan dan hasil pembuatan.

~Menambahkan kebahagian rumah-tangga.

~ Meningkatkan jati diri / menambahkan keyakinan diri.

~ Perkara yang penting sekali ialah penampilan diri sebagai seorang juru solek.

~Kebersihan diri, bau badan dan saiz badan. Rambut dan cara make up kita sendiri.

~Cara pemakaian yang sesuai tidak menjolok mata, pakaian tidak   terlalu ketat atau longgar.

~Pernafasan berbau digalakan menggunakan alat semburan atau berkumuh dengan pencuci mulut (listrine).

~ Mesti menggunakan kasut yang bertumit sederhana tinggi supaya langkah lebih teratur dan rasa lebih yakin.

Perkara Utama Sebelum Memulakan Solekan :

1. Mengenal raut muka :

~ Bentuk Muka

~ Bentuk Kening

~ Bentuk Mata

~ Bentuk Hidung

~ Bentuk Bibir

2. Mengenal warna kulit.

3. Mengenal jenis-jenis kulit ( untuk menyesuaikan jenis solekan).

4. Cara mencuci kulit muka yang betul

Sebelum kita pergi kepada produk, pengetahuan terhadap alatan solek adalah penting.

Diantara peralatan solekan:

~Sponge Foundation-ada dua jenis :

  1. Pink Sponge
  2. Latex Sponge

~Berus :

1.Kening (eye brow brush)

2.Pemerah pipi (blusher brush)

3.Warna pembayang mata (eye shadowbrush)

4.Gincu (lipstick brush )

5.Maskara (mascara brush)

6.Celak mata ( eyeliner)

7.Cekak Rambut (headband)

JENIS-JENIS KULIT

Kulit terbahagi kepada 5 bahagian :

1. Kulit Kering (Dry Skin)

2. Kulit Berminyak (Oily Skin)

3.Kulit Normal (Normal Skin)

4. Kulit Campuran (Combination Skin)

5. Kulit Sensitif (Sensitives Skin)

~ Kulit Kering

Kulit kering selalunya nipis dan halus (fine textures) dibahagian eperdemis dan sensitif, terdapat tanda kedut-kedut halus (fine ~vrink1es) dibahagian dahi, tepi mulut, tepi mata, dan dibahagian leher. Selain itu terdapat urat- urat halus (broken capillaries) pada kulit kering. Apabila menggunakan pelembab (moisturizer), solekan (make-up) akan kelihatan bertompok- tompok. Kekeringan kullt adalah disebabkan oleh terkena panahan cahaya matahari, terkena tiupan angin yang kering yang menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit muka, kurangnya pengaliran sebum (natural oil) dan juga disebabkan oleh pengambilan makanan (diet) yang tidak seimbang. Sekiranya dicuci kulit muka akan rasa perit dan pedih.

~ Kulit Berminyak

Kulit berminyak selalunya kelihatan berminyak dibahagian tengah muka iaitu di dahi, hidung dan kawasan dagu. Keadaan kulit tebal (thick) dan course texture. Kulit berminyak mudah ditumbuhi jerawat, bintik-bintik halus, terdapat blackhead, whitehead, jika tidak dirawat jerawat ini ia akan menjadi jerawat besar dan bernanah (acne) ynag mana akan merosakkan kulit hingga ke kawasan leher dan muka kelihatan sembab. Tanda-tanda lain akan kelihatan seperti liang-liang roma yang terbuka (open pores). Kulit berminyak disebabkan oleh aktifnya pengaliran sebum (natural oil), dan selalunya mereka yang mempunyai kulit yang berminyak akan mempunyai rambut yang berminyak (greasy hair).

~ Kulit Biasa

Kulit ini adalah kulit yang paling elok, dimana pengaliran sebum dan peluh (sweat glant) yang seimbang. Keadaan kulit yang halus, tiada blackhead, jerawat dan masalah lain.

~ Kulit Campuran

Kulit campuran ialah kulit yang bercampur diantara kulit kering dan kulit yang berminyak, kadang-kadang ia juga bercampur dengan kulit yang normal. Tanda-tanda kulit berminyak ialah ia akan berminyak dibahagian tengah muka muka iaitu didahi, hidung dan dagu (T-zone). Dibahagian yang berminyak mudah ditumbuhi jerawat, blackhead, whitehead, bintik- bintik dan terdapat liang-Iiang (open pores) . Ini adalah disebabkan oleh aktifnya pengaliran sebum dibahagian tengah muka, kulit akan kering ketika pada umur 25 tahun keatas, terutamanya dibahagian mata.

~ Kulit Sensitif. 

Keadaan kulit sensitif selalunya halus dan nipis. Kulit jenis ini selalunya alah kepada bahan kosmestik dan bahan kimia. la mudah dikenali dengan terdapatnya urat-urat halus (varicous-vains) di permukaan kulit.

APA ITU MAKEUP DAN ANDAMAN ???

closeup
Sekarang memang kita selalu dengar MAKEUP dan jarang pula dengar ANDAMAN atau MENGANDAM. Terkini bila dengar Andaman ajer kita mesti terbayangkan atau kefahaman kita adalah ‘MAKEUP’ yang dibuat oleh jurusolek !!! atau kalau anda berumur sikit akan fikirkan jurusolek yang agak tua atau berumur.( Mak Andam / Pak Andam). Selalunya Andaman adalah berkaitan dengan acara perkahwinan mahupun pertunangan. Selalunya dalam acara perkahwinan / pertunangan akan ada seseorang disamping Sang Mempelai iaitu Mak Andam. Sebenarnya definasi Andaman dan Makeup adalah hampir sama tetapi ada perbezaannya.

MENGANDAM…

‘Mengandam’ adalah proses mencantik dan menaikkan seri pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, mengucap dua kalimah syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi dan dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”

Mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah ia mampu memberikan ketenangan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin tampil sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah (darah gemuruh) dan bertingkah laku tidak tenang. Kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang pengantin walaupun wajahnya tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah lakunya yang tenang, lemah lembut dan sopan.

Setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Pesanan kepada pengantin supaya sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap perbuatannya. Pengantin juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang tampil berbeza selepas mengandam adalah juga kurniaan dan kebesaran yang Esa bukannya kuasa mengandam atau mak andam. Kita hanya berusaha, Tuhan yang akan menentukan segalanya. Bagi saya tidak salah berusaha untuk kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum keluarga.

Percaya atau tidak zaman yang serba moden pun masih ada yang mengamalkan atau berjumpa pengamal sihir kerana cemburu tidak dapat berkahwin dengan orang yang mereka minat. Seperti sekrang ini pusat-pusat rawatan pun sudah banyak seperti Darul Syifa dan lain-lain tidak lupa juga ustaz-ustaz (Dato Harun Din , Dato Hassan Din , Dr Amran kasimin dan lain-lain). Alhamdulillah dapat juga mereka membantu pada yang memerlukannya. Oleh itu didalam konsep Andaman sekarang ini adalah lebih kepada ‘protection’ pada pengantin daripada anasir-anasir yang tidak elok itu erti kata lain seseorang yang ingin makeup atau mengandam pengantin haruslah ada pendinding yang kuat berlandaskan Hadis dan Al-Quran.

SOLEKAN (MAKEUP)…

Solekan bak seni lukisan, mewarnakannya haruslah faham akan cerita dan warna yang digunakan seiring dengan teknik yang betul..Solekan atau makeup..dapat memberi dan membina rasa ‘Keyakinan’ seseorang, di samping menyerlahkan rupa paras yang cantik dan kemas..Solekan bukannya untuk mengubah wajah menjadi seperti seseorang: contohnya artis pujaan anda, tujuan solekan adalah untuk memberikan satu rupa yang dapat menonjolkan kecantikkan anda sendiri yang selama ini anda sedari ataupun tidak sedar. Solekan juga menaikkan bentuk hidung yang kurang mancung. Menaikkan tulang pipi agar nampak lebh muda dan juga dapat menyembunyikan kekurangan yang ada di wajah seseorang..Solekan mata juga memainkan peranan yang penting..kerana ‘Dari Mata Bermula Segalanya’. Teknik solekan mata yang betuk dapat menyerlahkan kecantikkan mata yang memukau. Pengalaman dan teknik solekan haruslah ada pada seorang jurusolek, teknik-teknik terkini dan juga warna-warna terkini seharusnya menjadi pengetahuan jurusolek agar ia tidak ketinggalan di dalam solekannya nanti.265380_226265460736730_100000598328562_885950_2994727_o