Kursus Professional

Ini adalah senarai perkhidmatan TimeFaces didalam dunia solekan.

Pengarah Urusan TimeFaces Artistry iaitu Puan Hadiawati mempunyai pengalaman selama 18 tahun didalam bidang Andaman / Solekan Artistry / Wedding Planner. Beliau dibantu oleh Encik Zazley di dalam mempastikan keberkesanan dan perjalanan bengkel kursus yang dijalankan serta merupakan seorang motivater syarikat serta salah seorang tenaga pengajar untuk Timefaces Artistry. Beliau merupakan Certified Neuro Linguistic Programming ( NLP ), Certified Hypnotherapist, Certified Hypnosis, Certified Hypnoparenting, Master Aura Theraphy.
Sekarang Timefaces Artistry telah mendidik ramai peminat giat seni didalam Solekan. Anak-anak murid semua dibimbing supaya mempelbagaikan kemahiran solekan dan menjadi seorang artistry didalam bidang ini. Harapan Timefaces Artistry pada peminat serta para pelajar kami agar diberikan kesihatan yang baik, minda yang kreatif serta berfikir diluar daripada kretiviti anda.

  • Makeup Artist for TV program ( Astro/RTM/TV3 )
  • Makeup service for Local Artist and International Artist
  • Makeup Artist for FARMASI COLOR COSMETIC (FCC)
  • Appoint as a panel of experts to development of document for National Occupational Skills Standard Document (Noss), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) in the field of Professional Makeup Artistry (Sijil Kemahiran Malaysia level 2 & 3).
  • Professional Freelance Makeup Artist Malaysia (stage show / TV program / Movie & Drama/ Magazine ).
  • Wedding Planner. Makeup for any event (dinner / corporate / wedding).
  • Basic until Advance Makeup Course.
  • Bridal Makeup Course.
  • Event Organizer for Artist and Theater.
  • Produced own Makeup Book Tips dan Cara Makeup Yang Betul

PNOSS

dpin1

KURSUS

10287055_646429145452105_1041938984_n

SILA HUBUNGI :
017-2721669

[gickr.com]_f44abe4d-e0ce-7154-1d6a-b118988c7542

600card

Syarat-syarat penyertaan Bengkel Kursus TIMEFACES

  1. Penyertaan Bengkel hanya akan diterima setelah anda membuat bayaran penuh. Ini bermakna anda akan dimasukkan sebagai peserta hanya apabila bayaran penuh telah dilakukan.

  2. Tiada bayaran semasa pendaftaran bagi mengelakkan pembaziran pada saat akhir disebabkan mungkin ada peserta yang tidak hadir.

  3. Penyertaan yang telah diterima tidak boleh dibatalkan. Namun jika terdapat masalah untuk menghadirkan diri, anda boleh menunda ke tarikh yang lain.

  4. Anda juga boleh menggantikan dengan orang lain sekiranya anda tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. Dan yuran anda akan digunakan untuk penggantiannya tersebut.

  5. Permohonan untuk menunda ke tarikh lain hendaklah dimaklumkan kepada Urusetia Event hanya melalui telefon ( h/p: 017-8811699 or Whatsapp ) selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh bengkel yang akan anda sertai.

  6. Kegagalan anda memaklumkannya dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh bengkel akan menyebabkan yuran penyertaan anda lupus sebanyak 50% dan anda perlu menambah semula baki yuran jika anda ingin menghadirkan diri pada tarikh yang lain. Ini kerana urusetia terpaksa mencari pengganti anda dalam masa yang terlalu singkat.

  7. Kegagalan anda memaklumkan dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh bengkel akan menyebabkan yuran penyertaan anda lupus sepenuhnya dan anda perlu membayar semula yuran penuh jika anda ingin menghadirkan diri pada tarikh yang lain. Ini kerana persediaan sepenuhnya telah dilakukan dan kegagalan anda hadir pada saat-saat akhir adalah satu pembaziran.

  8. Menjadi tugas anda untuk membuat semakan tarikh Bengkel yang terbaru (jika anda gagal hadir ke bengkel sebelumnya) seperti yang terdapat di laman web BengkelWebsite.com walaupun kami juga akan memaklumkan kepada anda sebarang perkembangan terkini samada melalui e-mel atau telefon.

  9. Pastikan anda memberikan nombor telefon atau alamat emel yang sah selepas membuat bayaran untuk memudahkan komunikasi. Kami tidak akan menjamin jika anda gagal dihubungi kerana maklumat hubungan anda tidak lengkap/sah.

  10. Sebarang keputusan untuk mengembalikan semula bayaran penyertaan atas sebab-sebab yang tertentu adalah atas budi bicara sepenuhnya BengkelWebsite.com sahaja.

Saya setuju dan faham dengan syarat-syarat di atas. Dengan ini saya akan membuat pembayaran sekarang.

Confident Attitude