1480694_615551688514083_8713574102334647842_n

Bagaimana Mencari Solekan Asas Tona Kulit Dengan Tepat ?

How-Choose-Right-Foundation-Your-Skin-Type-Including-Oily-Dry-Sensitive-Combination
Terdapat 4 Jenis Kulit: Normal, Berminyak, Kering atau Kombinasi kedua-dua jenis kulit yang dinyatakan tadi. Bagaimana untuk mengetahui kulit jenis apakah anda? TIPS : Cuci muka anda sebersih bersihnya dengan produk pencuci muka bebas minyak, bilas muka anda dengan air suam. Lap muka anda kering dan jangan disapukan dengan apa-apa produk. Mencari solekan asas tona kulit yang tepat adalah tidak sukar seperti yang kita sangkakan. Mungkin terlalu banyak produk di pasaran yang mengelirukan di dalam membuat pilihan.
Di sini Timefaces Hadiartz ingin berkongsi TIPS memilih solekan asas yang sempurna untuk anda..
prof.muhaya
Mengapa Perlu Bersolek ?
KENAPA ANDA PERLU BERSOLEK?
Untuk menyembunyikan/menutup kecacatan, bintik2, kedutan dan juga tona kulit yang tidak sekata, suram, kapilari darah yang jelas kelihatan dan sebagainya.(Ini adalah diantara Jawapan yang diberi oleh KEBANYAKKAN WANITA di luar sana). Adalah penting untuk anda mengetahui/mempelajari sedikit sebanyak ilmu di dalam teknik solekan untuk menutup cela-cela di wajah anda. Jika anda mempunyai bintik-bintik merah, cuba aplikasikan foundation (hijau) untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang putih/cerah manakala bagi mereka yang mempunyai tona kulit yang sederhana gelap ke sawo matang foundation (kuning) adalah pilihan anda sebelum memakai alat solek. Dengan cara ini, bintik-bintik warna merah tidak akan kelihatan begitu ketara, dan lapisan foundation serta solekan boleh diaplikasikan secara nipis dan lebih kelihatan semulajadi (natural).
Begitu juga cara yang sama diaplikasikan terhadap garis-garis kedutan di sekitar mata, hujung kiri kanan bibir dan dahi yang boleh ditutup dengan produk solekan FILLER yang terdapat di mana-mana kuanter jualan produk solekan.
66478_497632550278178_1989353108_n

Kenali Jenis Kulit Anda !

Selepas kira-kira sejam, sentuh muka anda. Adakah ia kering? Adakah berminyak apabila disentuh? Jika kulit terasa kering di beberapa kawasan dan berminyak pada bahagian lain anda mempunyai kulit kombinasi .
DSCN9561 12100_383013665126989_1215629519_n

Jenis Solekan Asas Apakah Yang Bersesuaian ?

 

Apakah jenis solekan asas (foundation), adalah bergantung kepada jenis kulit anda. Gunakan solekan asas sebagai tambahan kepada kulit anda. Jika anda Kulit Berminyak, anda perlu melihat formula Oily pada produk solekan asas ataupun jenis bedak debu (powder) yang sesuai untuk jenis kulit anda. Solekan Asas (foundation) berasaskan Mineral juga sesuai melawan minyak berlebihan untuk kulit jenis berminyak. Cecair dan krim (liquids & creams) akan menambah kelembapan pada kulit, dan amat sesuai digunakan oleh anda yang mempunyai Kulit Kering atau Terlalu Kering. Jika anda mempunyai Kulit Kombinasi, anda mungkin mendapati bahawa menggunakan lebih daripada salah satu Solekan Asas seperti dinyatakan tadi sesuai untuk anda. Mereka yang mempunyai Kulit Normal boleh menggunakan mana-mana produk yang mereka selesa dengannya..

 

Memilih Warna-Warna Yang Sesuai Dengan Anda..

Terdapat banyak rangkaian warna-warna pilihan di luar sana! dan ia sangat mengelirukan anda, ini kerana setiap syarikat-syarikat kosmetik mempunyai cara tersendiri untuk mengkategorikan rangkaian warna-warna solekan asas produk mereka.
[gickr.com]_2dde5b58-21b4-8c24-5101-86ca82a57665

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me

Confident Attitude